Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TREND SOLAT DENGAN KIPAS: JANGAN AMBIL ILMU DARI SUMBER TIDAK DIKETAHUI

DALAM NEGARA

TREND SOLAT DENGAN KIPAS: JANGAN AMBIL ILMU DARI SUMBER TIDAK DIKETAHUI

IPOH: Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya nasihatkan kepada anak muda semua supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajarkan dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.

“Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui, jadi perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas yang dihadiri  Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Baru-baru ini tular satu trend memuat naik video, khususnya di aplikasi TikTok, yang menunjukkan individu, rata-rata berstatus bujang, berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading