KAPAL MISI GSF DIJANGKA TIBA DI ZON MERAH ESOK – SNCC
Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memasuki zon merah dalam tempoh 28 jam iaitu sekitar 7 petang esok, kata Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.
SEPANG: Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memasuki zon merah dalam tempoh 28 jam iaitu sekitar 7 petang esok, kata Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata setakat ini, semua kapal GSF disahkan telah memasuki zon kuning tahap dua pada 3 petang hari ini.
“Jarak terkini kapal-kapal berkenaan adalah 227 batu nautika dari pesisiran Gaza. Tiada laporan serangan atau aktiviti dron yang mencurigakan dilaporkan semalam.
“Kelajuan (kapal) dan cuaca sangat baik. Kelajuan kapal paling hadapan adalah 4.9 knot dan mereka berada dalam jangkaan yang baik,” katanya dalam sidang media harian di SNCC MAPIM di sini hari ini.
Susulan perkembangan terbaharu itu, Sany Araby berkata SNCC akan mengaktifkan siaran langsung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kapal terpilih sebagai langkah keselamatan.
Beliau berkata kemasukan kapal GSF ke zon merah perlu diberi perhatian penuh kerana ia dikategorikan sebagai zon kritikal.
“Ini kita akan kategorikan sebagai zon yang kritikal kerana pada bila-bila masa mereka boleh dipintas dan selalunya mereka dipintas pada waktu malam.
“(Ia) melihat kepada corak yang telah berlaku kepada Madleen, Handala dan Mavi Marmara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata delegasi Malaysia yang menyertai GSF dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat sekali gus menyeru semua pihak mendoakan kejayaan misi kali ini.
“SNCC sekali lagi menegaskan agar semua pihak merujuk pusat ini sebagai sumber sahih. Sebarang maklumat yang tidak sahih memenangkan propaganda pihak zionis dan akan membina naratif yang salah,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata SNCC mengesahkan dua flotila iaitu Nusantara (Tunisia) dan Taigete (Itali) mengalami kerosakan serius dan tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.
“Dalam pada itu, SNCC menerima laporan kapal Sirius dan Free Willy yang mengalami kerosakan telah berjaya dibaiki dan meneruskan pelayaran.
“Kerosakkan kapal Fair Lady pula menyebabkan ia sedang ditunda oleh kapal Estrella Manuel dan meneruskan pelayaran,” katanya menambah, SNCC turut mengesahkan kehadiran dua Kapal GSF iaitu Sunflower dan Australe dari Turkiye.
Beliau menyeru semua pihak mengikuti perkembangan misi yang dikemas kini oleh SNCC dan laman tracker yang telah disediakan.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Greece.
Mereka merupakan sebahagian aktivis dari 45 negara yang berlayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan ke atas wilayah itu.
Flotila berkenaan sebelum ini berdepan pelbagai rintangan termasuk serangan dron.
Malaysia menjadi negara pertama yang mengiktiraf misi itu menerusi sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.