Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAPAL SELAM BAWA PELANCONG KE BANGKAI TITANIC DILAPORKAN HILANG

DUNIA

KAPAL SELAM BAWA PELANCONG KE BANGKAI TITANIC DILAPORKAN HILANG

OTTAWA: Sebuah kapal selam kecil yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad, lapor Xinhua.

Gambar bangkai Titanic. – AFP

OTTAWA: Sebuah kapal selam kecil yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad, lapor Xinhua.

Kapal selam itu dilaporkan hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland Kanada, menurut laporan media.

Jumlah anak kapal masih belum dapat dipastikan manakala operasi menyelamat telah digerakkan bagi mengesan kapal selam itu.

Bangkai kapal Titanic berada dalam bidang kuasa armada Boston Pengawal Pantai Amerika Syarikat, meskipun ekspedisi itu bermula dari Kanada.

Ekspedisi itu dijalankan oleh OceanGate Expeditions, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. 

Kapal selam yang digelar Titan melakukan ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter.

Laman sesawang OceanGate sebelum ini menyiarkan iklan pelayaran tujuh malam ke Titanic dengan harga US$250,000 bagi setiap seorang, dengan wang itu akan digunakan untuk penyelidikan Titanic, lapor media tempatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading