KAUNTER NETIZEN RAMADAN DAN SYAWAL BINCANG ISU KEMASYARAKATAN

KUALA LUMPUR: Program Kaunter Netizen istimewa Ramadan dan Syawal terbitan TV AlHijrah yang membincangkan isu-isu kemasyarakatan sejagat akan mula bersiaran pada 6 April 2022.

Rancangan bual bicara setiap Rabu dan Khamis jam 6 petang itu akan memfokuskan persoalan orang ramai berkenaan amalan pada bulan Ramadan dan Syawal.

Penceramah, Ustaz Syed Norhisyam dan Personaliti, Nina Fazurina akan menjadi pengacara bagi program tersebut yang akan turut menampilkan tetamu jemputan khas.

Kaunter Netizen musim dan wajah baharu itu turut memberi nilai tambah kepada penonton untuk mendapatkan lebih ilmu menerusi perkongsian pelbagai tips oleh Penceramah, Ustaz Yaakub Yusra.

Sementara itu dalam episod khas Kaunter Netizen Syawal pula Ustaz Syed Norhisyam dan Nina Fazurina akan berganding bersama Personaliti, Syamsul Debat untuk membincangkan topik berkenaan Aidilfitri.

Musim baharu Kaunter Netizen mendapat tajaan oleh Yiros Tours & Travel Sdn. Bhd. (Yiros) yang merupakan sebuah Agensi Pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Yiros yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra telah beroperasi sejak tahun 2009 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan ribuan jemaah untuk mengerjakan ibadah umrah dan serta menyediakan pakej pelancongan di sekitar Asia seperti China, Vietnam dan Indonesia. – AlHijrah Online

Leave a Reply