KEBAKARAN SALURAN GAS: MANGSA TERIMA TAMBAHAN BANTUAN RM5,000 DAN RM2,500 DARIPADA PETRONAS
Pemilik rumah yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan menerima tambahan sumbangan sebanyak RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media hari ini di Wisma Dewan Annexe, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Pemilik rumah yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan menerima tambahan sumbangan sebanyak RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata sumbangan mengikut kategori atau tahap kerosakan rumah itu adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Sumbangan itu, katanya menjadikan mangsa yang tergolong dalam kategori rumah musnah sepenuhnya akan menerima keseluruhan RM10,000, manakala bagi separa musnah dan penyewa masing-masing akan menerima sebanyak RM5,000.
“Selepas proses pendaftaran ditutup pada 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah daripada 437 rumah maknanya ada rumah disewakan bilik, telah selesai daftar… sesi pertama penyampaian sumbangan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri hari ini.
“Alhamdulillah, saya rasa 219 mangsa yang telah disahkan akan dapat disampaikan sumbangan pada hari ini. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan memanggil mereka secara individu untuk kita sampaikan, dan kita anggarkan maksimum selesai semua hingga Jumaat ini,” katanya pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Setakat ini, daripada 437 rumah diperiksa, 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kebakaran pada struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi dikategorikan sebagai separa musnah, manakala 57 terbakar tetapi tidak mengalami kesan kepada struktur dan bakinya 218 rumah didapati tidak terkesan.
Anwar ketika meninjau lokasi kejadian pada Selasa lepas, mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.
Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewa rumah sebanyak RM2,000 kepada mangsa terlibat selama enam bulan bergantung kepada tempoh pembaikan rumah masing-masing.
Beliau berkata bantuan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.356 juta itu diputuskan mengambil kira aduan mangsa berhubung lokasi penempatan sementara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Kota Warisan, Sepang, yang ditawarkan sebelum ini sebagai agak jauh dari kediaman semasa.
“Mungkin dalam minggu depan kita akan muktamadkan dan kita akan serahkan kepada semua ketua isi rumah supaya mereka boleh menggunakan wang itu untuk menyewa kediaman sementara dan selepas enam bulan sebahagian daripada mereka mungkin boleh pulang ke rumah kecuali kediaman yang musnah sepenuhnya yang mungkin mengambil masa sedikit panjang,” katanya.
Amirudin berkata bagi tawaran Airbnb yang diumumkan sebelum ini, sebanyak 87 rumah telah tersedia dengan pengagihan penempatan sementara dijangka dimulakan pada Rabu ini dan keutamaan akan diberikan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya.
Beliau berkata disebabkan pelbagai tawaran dan bantuan yang diumumkan dari segi pinjaman kereta dan motor, baucar barangan elektrik, bantuan zakat, bantuan kerajaan negeri untuk sewaan rumah dan sebagainya, kerajaan Selangor akan mewujudkan satu laman web khas untuk melaporkan berkaitan sumbangan telah disalurkan.
“Laman web itu boleh digunakan untuk mangsa berdaftar dan pegawai kita boleh melaporkan sejauh mana sumbangan-sumbangan itu disalurkan atau berapa peratus telah disalurkan kepada penduduk dan sebagainya,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests