KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: KURANG SATU PERATUS MANGSA ALAMI TRAUMA SERIUS – NANCY
Seramai 253 mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran gas di Putra Heights, Subang Jaya menerima bantuan kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas hadir menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas Petronas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights di Masjid Putra Heights hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 253 mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran gas di Putra Heights, Subang Jaya menerima bantuan kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada sesi kaunseling yang dikendalikan oleh 10 kaunselor pada setiap hari itu, didapati hanya sebilangan kecil mengalami trauma serius.
“Ada yang betul-betul trauma (serius), tapi tak ramai. Mengikut peratusan, mungkin kurang satu peratus saja.
“Mereka ini kebanyakannya mahu keluar dari sini (PPS) untuk mendapatkan fresh air dan nak ada teman untuk berkongsikan masalah. Jadi menerusi sesi kaunseling ini, kita bukan sahaja memberikan sokongan emosi malah dapat mengenal pasti keperluan khusus mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan dan menyantuni mangsa di PPS Masjid Putra Heights hari ini.
Nancy berkata antara keperluan yang amat diperlukan mangsa ialah telefon bimbit, alat penapis udara untuk anak-anak autistik, bra penyusuan untuk ibu baru bersalin, minyak angin dan lampin pakai buang.
“Selain itu, kita dapat tahu mangsa juga memerlukan wang tunai untuk menguruskan hal peribadi seperti membayar tambang pengangkutan pergi balik ke hospital untuk melawat anggota keluarga yang sedang menerima rawatan serta membeli barangan keperluan lain.
“Jadi untuk ini, kami ada memberi bantuan kewangan melalui Yayasan Kebajikan Negara,” katanya.
Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.