Dunia hari ini dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19.
Peningkatan berterusan jumlah mangsa wabak virus ini telah mencetuskan kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan penduduk dunia berikutan penularan berita wabak ini yang semakin serius.
Apa yang boleh dipelajari daripada penularan wabak dan keresahan orang ramai ialah mengenai tersebarnya berita-berita palsu yang memburukkan lagi keadaan.
Boleh dikatakan kebanyakan berita mengenai situasi pengawalseliaan wabak ini mencetuskan kontroversi dan tidak kurang juga mengundang kebimbangan orang ramai untuk melakukan aktiviti rutin dan akhirnya mengakibatkan kepincangan sektor ekonomi dan pelaburan sesebuah negara.
Terbaharu, sebanyak lapan kes berita palsu yang tersebar di media sosial berkaitan dengan isu penularan COVID-19 telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan jenayah yang menyebabkan suasana panik dalam kalangan netizen.
Sudah pasti fenomena negatif yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab harus dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang lebih tegas supaya perkara seumpama ini tidak berulang dan menganggu kesejahteraan masyarakat.
Sebelum ini, kebanjiran berita-berita palsu mengenai COVID-19 telah menimbulkan panik sehinggakan pembelian terhadap penutup muka dibuat secara luar biasa dan tidak terkawal sehinggakan menjejaskan stok penggunaan khusus untuk individu yang memerlukan penutup muka itu.
Di negara jiran,Singapura pula memperlihatkan pembelian barang-barang harian luar biasa di pasaraya-pasaraya apabila kerajaan mengumumkan amaran tahap jingga berikutan penularan wabak itu.
Fenomena seumpama ini memberikan implikasi besar terhadap corak perlakuan individu atau masyarakat yang akan mengakibatkan keyakinan terhadap berita-berita palsu, terutamanya di media sosial begitu ketara dan mempengaruhi pemikiran mereka dalam tempoh singkat.
KEMAMPUAN KERAJAAN TANGANI ISU
Dalam konteks yang lebih menyeluruh, penularan maklumat palsu menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh lambakan ketidakpastian maklumat dari pelbagai sumber yang diperolehi oleh masyarakat melalui banyak sumber media.
Kecelaruan maklumat ini lebih serius apabila maklumat-maklumat yang ditularkan di media-media sosial lebih bersifat sensasi dan menyaingi maklumat dari sumber berwibawa (iaitu sumber media yang diiktiraf oleh kerajaan).
Puncanya apabila pengguna lebih terdorong untuk mendapatkan berita dari laman-laman media sosial yang banyak memaparkan hal-hal sensasi sehinggakan menggelirukan pemikiran pengguna, terutamanya berhubung dengan penularan wabak atau bencana yang berlaku dalam negara atau luar negara.
Bayangkan sekiranya kandungan berita yang dihasilkan penulis blog itu membuat pernyataan atau ulasan mengenai malapetaka itu dengan tidak tepat atau dikaitkan pula dengan fakta-fakta yang menggelirukan. Sudah pasti pengguna akan mudah terpengaruh dengan dakyah seperti ini.
Dalam hal ini, kerajaan seharusnya mengambil inisiatif dengan mengumpulkan sumber-sumber maklumat daripada pelbagai agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Bencana Negara dan pertubuhan di bawah PBB seperti WHO.
Maklumat-maklumat ini kemudiannya disalurkan di bawah satu agensi khusus yang dilantik seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebelum diagihkan kepada saluran media yang diiktiraf.
Pendek kata, hanya kerajaan, menerusi agensi pengumpulan dan penyebaran maklumat sepusat yang dikenalpasti akan menyalurkan sebarang maklumat tepat kepada masyarakat dari semasa ke semasa.
Ini penting kerana masyarakat menilai kewibawaan maklumat berdasarkan kepada fakta atau sumber yang boleh diyakini, terutamanya apabila maklumat-maklumat itu disampaikan kepada mereka secara konsisten dari semasa ke semasa.
Pengawalseliaan terhadap penyaluran dan penyebaran maklumat daripada agensi kerajaan ini juga harus dilakukan dengan tegas untuk memastikan maklumat yang tersebar itu tidak dimanipulasikan atau disalah tafsir oleh pihak media.
Satu sekretariat yang dilantik bertanggungjawab untuk menentu sahkan kesahihan maklumat yang diperolehi umum menerusi saluran media sosial harus memandu pengguna menggunakan satu portal yang menyajikan maklumat tepat, lengkap, pantas dan senang diakses oleh semua pengguna media.
Menerusi pendekatan ini juga, sekretariat itu boleh menyalurkan maklumat kepada pelbagai saluran media sosial seperti Facebook, Instragram, Tweeter dan tidak terhad kepada portal rasmi sahaja bagi memastikan penyaluran maklumat dapat dibuat secara berkesan, pantas dan memanfaatkan lebih banyak kelompok masyarakat.
Tidak hanya bergantung kepada tempoh masa yang lama, pengaliran berita semasa kepada pengguna seharusnya dilaksanakan dengan pantas dan konsisten tanpa membiarkan pengguna ternanti-nanti dan terdedah kepada rangkaian maklumat media alternatif yang boleh mengelirukan mereka.
MENILAI KEBERKESANAN MAKLUMAT
Dalam konteks komunikasi, penyebaran maklumat yang berasaskan sumber yang dipercayai dan konsisten akan menghasilkan maklumat yang berwibawa dan diyakini oleh semua pengguna.
Sehubungan dengan itu, suatu mekanisme yang membolehkan suatu bentuk penilaian ke atas penyaluran maklumat ini harus dibangunkan supaya pengaliran maklumat daripada satu sumber berwibawa yang dihasilkan oleh agensi kerajaan dapat dipantau keberkesanannya berdasarkan pengaruh dan populariti maklumat tersebut dalam kalangan pengguna.
Ia boleh dijadikan ukuran penilaian terhadap kemampuan dan kesediaan maklumat tersebut mempengaruhi pemikiran dan perlakuan pengguna dalam situasi-situasi kritikal.
Sememangnya bukan mudah untuk menyaingi kebanjiran maklumat-maklumat palsu dalam era media sosial pada masa kini.
Namun begitu, sekiranya suatu pendekatan pendidikan etika media diterapkan kepada masyarakat di negara ini, pengguna akan menilai kesahihan dan kewibawaan sesuatu maklumat itu berpunca daripada sumber yang telah ditentu sahkan oleh kerajaan atau agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Penyertaan pengguna dalam perkongsian maklumat dari sumber yang berwibawa secara konsisten akan membantu keyakinan pengguna terhadap pengadaptasian maklumat yang mereka perolehi, terutamanya apabila mereka berdepan dengan ketidakpastian situasi bencana atau malapetaka yang berlaku hari ini atau pada masa akan datang.
Inilah tugas kritikal yang harus dipikul oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab bagi menyalurkan maklumat tepat dan pantas kepada pengguna untuk memberi gambaran sebenar isu-isu yang dihadapi oleh mereka pada setiap masa semasa berlakunya situasi kritikal seumpama ini. — AlHijrah Online
Penulis adalah pensyarah kanan komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked