Tag Archives: syed agil alsagoff

MEDIA PENCETUS SOSIO-BUDAYA NORMA BAHARU ACUAN ISLAM

Merungkai era pandemik COVID-19 pada masa kini memberi satu petanda serius terhadap rangsangan kebangkitan sosio-budaya norma baharu dalam sistem peradaban di negara ini. Anjakan paradigma terhadap sosio-budaya norma baharu ini mengubah amalan sosial yang selama ini menyantuni masyarakat kita. Dari amalan bersalaman, hal-hal kekeluargaan sehinggalah budaya interaksi komunikasi umum sesama anggota masyarakat telah banyak berubah mengikut fenomena persekitaran sekarang. Begitu

Read more

ADVOKASI MEDIA PASCA COVID-19

Kita telah menghampiri dua bulan cabaran dan dugaan “berperang” dengan wabak yang telah mengakibatkan jangkitan 1/3 daripada populasi dunia. Hampir seluruh dunia terkesan dengan masalah kesihatan kritikal, kepincangan ekonomi dan krisis sosial berterusan buat jangka masa dua tahun akan datang. Dalam konteks negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari PKP1, PKP2 hingga PKP3 telah membuktikan bahawa negara kita mampu membendung

Read more

COVID-19: MENDEPANI CABARAN MINDA KELAS KETIGA

Penularan wabak COVID-19 telah memberi implikasi besar terhadap ekonomi dan sosial negara-negara di dunia hari ini. Ia membayangkan betapa dahsyatnya ancaman wabak ini sehingga melumpuhkan hampir 30 peratus ekonomi dunia dan menjejaskan lebih satu per tiga jumlah penduduk dunia yang berjangkit wabak ini sekiranya ia tidak dapat dibendung segera. Malaysia seperti negara-negara terkesan lain mengalami ancaman serupa. Pertambahan jumlah mangsa

Read more

COVID-19: KECELARUAN MAKLUMAT MENGUNDANG KONTROVERSI

Dunia hari ini dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19. Peningkatan berterusan jumlah mangsa wabak virus ini telah mencetuskan kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan penduduk dunia berikutan penularan berita wabak ini yang semakin serius. Apa yang boleh dipelajari daripada penularan wabak dan keresahan orang ramai ialah mengenai tersebarnya berita-berita palsu yang memburukkan lagi keadaan. Boleh dikatakan kebanyakan berita mengenai situasi pengawalseliaan wabak ini

Read more

KORONAVIRUS: ADVOKASI MEDIA VS PEMIKIRAN NEGATIF

Menjelang lebih sebulan penularan wabak Coronavirus (2019-nCoV) yang dipercayai berpunca daripada amalan budaya pemakanan haiwan liar, terutamanya di Wilayah Wuhan dan Hubei di China, sehingga hari ini meragut lebih 106 mangsa dan lebih 4,500 disahkan dijangkiti penyakit itu. Beberapa negara, termasuk Malaysia sudah menguatkuasakan sekatan terhadap pelancong dari China ke negara-negara berkenaan. Fenomena ini mengejutkan dunia selepas krisis wabak SARS

Read more

MAJLIS MEDIA MALAYSIA PENCETUS ASPIRASI MEDIA BEBAS?

Trend media hari ini banyak bergantung kepada penguasaan suara-suara desakan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu terhadap sesuatu isu semasa yang menimbulkan kegusaran, kegelisahan atau konflik dalam kalangan komuniti dunia. Perbalahan isu sosiopolitik dan sosioekonomi menyebabkan peranan media dianggap sangat relevan dengan desakan suara generasi hari ini menyalurkan pandangan menerusi medium yang dapat merangsang atau mendominasikan agenda mereka. Tidak terkecuali dengan negara

Read more

CABARAN MEDIA ISLAM DALAM ERA ISLAMOFOBIA

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di ibu kota yang menghimpunkan lebih 400 pemimpin dan perwakilan negara-negara Islam membincang, membedah isu-isu kritikal, di samping menilai tahap solidariti dalam kalangan negara-negara Islam mengharungi pelbagai cabaran ekonomi, politik dan sosial yang membelenggu umat Islam hari ini. Dalam hal ini, kita dapat melihat bagaimana agenda barat mengukuhkan kempen Islamofobia yang menabur nilai prejudis terhadap

Read more

MERUNGKAI CABARAN MEDIA DALAM ARUS DIGITAL

Dunia hari ini menyaksikan kepesatan kandungan maklumat menguasai kebanyakan apa yang kita rancang dan laksanakan dalam pemikiran dan perbuatan seharian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa teknologi maklumat berjaya mengubah pemikiran masyarakat dengan menampilkan pelbagai isu dan penerokaan ilmu baru dari semasa ke semasa. Rangkaian maklumat ini sebenarnya hasil “penjajahan minda” terbesar dalam kalangan pengguna siber dan masyarakat dunia. Ia berpunca

Read more