KEHIDUPAN DI GAZA KEMBALI NORMAL SELEPAS KONFLIK 3 HARI DENGAN ISRAEL
GAZA: Kehidupan harian di Semenanjung Gaza beransur pulih selepas konflik antara Jihad Islam Palestin (PIJ) dan tentera Israel selama tiga hari berakhir.
GAZA: Kehidupan harian di Semenanjung Gaza beransur pulih selepas konflik antara Jihad Islam Palestin (PIJ) dan tentera Israel selama tiga hari berakhir.
Pada petang Ahad, PIJ mengumumkan telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Israel, hasil usaha perantara Mesir bagi menamatkan konflik yang mengorbankan 45 rakyat Palestin dan mencederakan 260 yang lain.
Sejak awal pagi Isnin, kedai di Semenanjung Gaza dibuka kepada pelanggan dan perkhidmatan pengangkutan awam mula beroperasi.
“Kami tidak suka terlibat dalam ketegangan dengan Israel melainkan kami memperoleh faedah politik, ekonomi atau sosial.
“Adalah lebih baik untuk berunding dan mencapai perjanjian gencatan senjata yang membolehkan kami meneruskan dengan kehidupan,” Iyad Abu Kwaik, seorang warga Gaza – pemilik kedai pakaian, memberitahu Xinhua.
Konflik ini telah mengorbankan nyawa orang awam, memusnahkan bangunan, dan orang ramai sentiasa dibelenggu penderitaan yang tidak berkesudahan, kata lelaki berusia 33 tahun itu, sambil menyeru puak Palestin untuk menyelaraskan usaha untuk menangani krisis rumit di Gaza di sebalik terlibat dengan permusuhan baharu dengan Israel.
Penduduk Gaza perlu meneruskan kehidupan harian mereka walaupun berdepan permusuhan, kata peguam yang berpangkalan di Gaza, Tawfiq Abu Ghalwa.
“Kami perlu reda dan mula sekali lagi untuk membina kehidupan di tanah air kami,” katanya.
Bagaimanapun, kehidupan tidak lagi sama bagi Qusai Shamalakh, 45, yang kehilangan bangunan empat tingkatnya semasa konflik.
Bapa kepada empat orang anak itu telah menghabiskan masa berjam-jam memeriksa harta bendanya, mengalihkan serpihan, dan mencari barang-barang yang mungkin terselamat daripada serangan Israel.
“Hidup saya bagaikan telah berakhir kerana segala-galanya telah musnah. Saya dan keluarga menjadi gelandangan, dan tiada lagi sekelumit harapan pun,” katanya kepada Xinhua.
Konflik terbaharu itu telah menyebabkan kira-kira 18 kediaman musnah sepenuhnya, 71 terjejas, dan 1,675 tidak dapat didiami, menurut Kementerian Kerja Raya dan Perumahan yang dikendalikan Hamas.
Pada awal hari itu, pihak berkuasa Israel telah membuka semula lintasan Kerem Shalom dan lintasan Erez selepas ditutup selama enam hari.
“Kira-kira 30 trak bahan api memasuki Gaza untuk membekalkan tenaga kepada loji janakuasa, dan trak turut dimuatkan dengan makanan, bijirin, dan bantuan kemanusiaan,” kata Bassam Ghaben, pengarah lintasan Kerem Shalom. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests