Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DIJANGKA HUJAN LEBAT BERMULA MALAM INI

DALAM NEGARA

KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DIJANGKA HUJAN LEBAT BERMULA MALAM INI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat 31 Disember.

Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 3.50 petang itu melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Kemaman, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun (Terengganu) dan Jerantut, Maran, Pekan dan Kuantan (Pahang).

Sementara itu, amaran cuaca peringkat buruk iaitu hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Bera dan Rompin di Pahang sehingga 1 Januari 2022.

Image

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu, malam ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading