Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OMICRON: DUA MASJID SUCI KEMBALI LAKSANA PENJARAKAN FIZIKAL, PEMAKAIAN PELITUP MUKA

DALAM NEGARA

OMICRON: DUA MASJID SUCI KEMBALI LAKSANA PENJARAKAN FIZIKAL, PEMAKAIAN PELITUP MUKA

RIYADH: Penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka sewaktu melaksanakan ibadah di dua masjid suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, diwajibkan semula, bermula hari ini.

Menurut Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Abdulaziz Al-Sudais, keputusan tersebut mula berkuatkuasa pada 7 pagi, 30 Disember.

Pihak berkuasa Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan semula penjarakan fizikal dalam kalangan jemaah umrah dilakukan dengan penjarakan sejadah serta pelaksanaan tawaf bagi menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi kembali melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di kesemua tempat tertutup dan terbuka, bermula Khamis.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, keputusan tersebut dibuat susulan peningkatan kes harian jangkitan COVID-19 di negara tersebut yang mencatatkan 602 kes jangkitan baharu setakat 28 Disember.

Sementara itu, pihak Presiden Umum menyeru semua jemaah dan pekerja di dua masjid suci itu untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading