Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘ABANG VIVA’ DIANUGERAH ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

DALAM NEGARA

‘ABANG VIVA’ DIANUGERAH ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

KUALA LUMPUR: ‘Abang Viva’ atau nama sebenar Azwan Omar, 29, diberi penghargaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas keprihatinannya membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, baru-baru ini.

Sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah disampaikan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed.

Azwan turut berkongsi video di aplikasi TikTok menyatakan penghargaan yang diterima itu atas berkat doa keluarga dan orang ramai.

“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua. Saya telah menerima penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” katanya.

Kisah ‘Abang Viva’ tular di media sosial selepas usahanya untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, sehingga sanggup datang dari Melaka dengan berbekalkan wang RM50 hanya untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading