Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELUARGA TAHANAN PALESTIN BIMBANG PENULARAN COVID-19 DI PENJARA ISRAEL

DUNIA

KELUARGA TAHANAN PALESTIN BIMBANG PENULARAN COVID-19 DI PENJARA ISRAEL

RAMALLAH: Ketika perintah berkurung berkuatkuasa di Tebing Barat dan Israel akibat penularan wabak koronavirus, warga Palestin bimbang keadaan saudara mereka yang ditahan di penjara Israel.

Kebimbangan itu susulan laporan mengenai perpindahan tahanan dari penjara Ashkelon selepas doktor mengesyaki tahanan terbabit dijangkiti virus itu.

Menurut Palestinian Prisoner Society (PPS), 19 daripada 35 banduan ditahan bersama tahanan terbabit terus diasingkan pada Jumaat.

“Kita mendapat pengesahan daripada peguam terbabit bahawa pengasingan itu telah berakhir dan situasi semakin stabil,” kata jurucakap PPS, Amany Sarahneh memberitahu agensi berita Anadolu hari ini.

“Bagaimanapun, kita masih bimbang dengan situasi di penjara kerana kurangnya langkah pencegahan di dalam penjara,” katanya.

Di penjara Al-Maskobiya di Baitulmaqdis, pihak berkuasa Israel mengasingkan 100 tahanan selepas seorang pengawal disyaki dijangkiti virus itu.

Pihak berkuasa memberitahu peguam PPS bahawa kuarantin telah berakhir dan ujian menunjukkan keputusan negatif, kata Sarahneh.

Kumpulan itu berkata 200 tahanan Palestin kini mengalami penyakit kronik yang mengancam nyawa susulan penularan virus di penjara.

Menurut pihak berkuasa Palestin, 5,000 warga Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, kini ditahan di penjara-penjara Israel. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading