COVID-19: 125 KES BAHARU, JUMLAH KUMULATIF 553

KUALA LUMPUR: Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata 95 daripada 125 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

“Sehingga kini, sebanyak 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media berkaitan kluster itu, di sini hari ini. — BERNAMA

Leave a Reply