Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEMPEN IKLAN MURAH TV ALHIJRAH DITERUSKAN SEMPENA SYAWAL

UTAMA

KEMPEN IKLAN MURAH TV ALHIJRAH DITERUSKAN SEMPENA SYAWAL

Pakej 100 siaran iklan TV dengan harga RM10 ribu ditawarkan kepada usahawan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) sempena Kempen Syawal Bulan Kemenangan TV Alhijrah bermula hari ini dan berakhir pada 5 Ogos (30 Syawal) depan. 100 spot iklan ini akan disiarkan merentas 14 jam waktu siaran bermula 10.00 pagi hingga 12.00 malam sepanjang musim perayaan Aidil Fitri. Bagi usahawan yang mahukan kos iklan lebih murah, TV Alhijrah menyediakan pakej #Produk Anda Berhak Popular dengan 21 kali siaran iklan pada harga serendah RM3 ribu. Malahan lebih menarik, pihak TV Alhijrah akan membantu menyediakan khidmat pembikinan slide iklan termasuk skrip dan rakaman suara. Usahawan yang berminat boleh menghubungi Unit Khidmat Jualan TV Alhijrah melalui talian: 011-21271211 011-28290198 018-2139170 TV Alhijrah bermula pada 6 Jun (1 Ramadan) hingga 5 Julai ini (30 Ramadan) sedang menyiarkan siaran iklan 300 jenama produk IKS sempena Kempen Bazar Ramadan. Kempen iklan ehsan ini berjaya mendapat sambutan hangat hingga semua spot siaran iklan sepanjang Ramadan telah habis ditempah. Pelancaran Kempen Syawal ini diteruskan sebagai usaha TV Alhijrah untuk membantu usahawan Islam untuk memastikan jenama produk IKS setanding dengan pelbagai jenama elit yang selama ini memonopoli siaran iklan TV.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading