KEPUTUSAN LAKSANA PKP MENYELURUH ESOK

GAMBAR ARKIB

KOTA BHARU: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dijangka dibincangkan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat esok akan turut menjemput menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri negeri.

“Kita melihat gejala penularan COVID-19 ini satu perkara yang amat serius kalau kita lihat statistic semalam dan kelmarin. Kes positif kumulatif sudah hamper setengah juta dengan kematian sudah lebih 2000 kes.

“Ini satu perkara yang amat membimbangkan kita,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Susulan peningkatan angka kes COVID-19 yang semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, timbul cadangan agar kerajaan melaksanakan PKP secara menyeluruh. – AlHIjrah Online

Leave a Reply