Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN AKAN PUTUSKAN PENGANJURAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH DALAM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

KERAJAAN AKAN PUTUSKAN PENGANJURAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH DALAM MASA TERDEKAT

NILAI: Kerajaan akan membuat keputusan sama ada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020 dilaksanakan atau sebaliknya susulan masih terdapat penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan mengenai perkara itu kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan kelak.

“Caranya mungkin kita hadkan peserta yang amat minimum, masa yang terhad, tetapi kita nak syiar tentang majlis Maal Hijrah kita akan dapat teruskan.

“Walaupun berskala kecil, tetapi memberi makna yang besar kepada ummah insha-Allah,” katanya.

Tambah beliau sambutan Maal Hijrah yang dijadual pada 20 Ogos ini merupakan program kebesaran umat Islam dan Zulkifli berharap ia dapat diadakan walaupun dalam skala yang kecil mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Zulkifli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Penganjuran seminar itu bertujuan mengumpulkan pelbagai maklumat dan kajian berkaitan pengurusan hal ehwal Islam bagi menghadapi cabaran dan keperluan semasa ummah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading