Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN PERAK PERTIMBANG ANJUR BAZAR RAMADAN DALAM KAWASAN MASJID

DALAM NEGARA

KERAJAAN PERAK PERTIMBANG ANJUR BAZAR RAMADAN DALAM KAWASAN MASJID

Sumber Gambar: The Star

IPOH: Kerajaan negeri akan pertimbangkan cadangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk membenarkan penganjuran bazar Ramadan dalam kawasan masjid bagi mengurangkan kesesakan orang ramai.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, pihaknya perlu memperhalusi cadangan tersebut terlebih dahulu untuk mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebersihan dan peraturan sedia ada sebelum membuat keputusan.

“Saya faham maksud JAIPk untuk mengadakan bazar Ramadan di masjid kerana ingin menarik perhatian orang Islam yang dapat berkunjung ke masjid selepas waktu Asar untuk membeli (juadah berbuka puasa) dan pulang ke rumah,” katanya selepas sidang media selepas melancarkan Kempen Pengumpulan Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Tambahnya, cadangan tersebut akan dibincangkan bersama pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengeluarkan permit bazar Ramadan.

Semalam, Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk menyatakan masjid-masjid di Perak menggalakkan penganjuran bazar Ramadan di kawasan perkarangan masing-masing.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading