KERAJAAN PERPADUAN AKAN PASTIKAN NASIB PESAWAH TERBELA, PENDAPATAN MENINGKAT – PM
Sehubungan itu, beliau berkata beberapa projek rintis bagi penanaman padi lima musim dalam dua tahun telah dijalankan antaranya oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran padi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyampaikan Insentif Pembangunan Sektor Tanaman berjumlah RM15,626,011.98 kepada Zulkifli Saidin (empat, kiri) yang mewakili peladang di bawah Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia pada Program Ramah Mesra bersama Peladang, Penternak, Nelayan, Penoreh dan Pekebun Kecil Peringkat Negeri Kedah di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini. –fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau berkata beberapa projek rintis bagi penanaman padi lima musim dalam dua tahun telah dijalankan antaranya oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran padi.
Anwar berkata sebanyak RM3 bilion diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan sawah padi bagi membolehkan penanaman padi lima musim dalam dua tahun dapat dilaksanakan.
Justeru, Anwar menggesa pesawah untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program itu bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi yang sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pesawah.
“Kalau ditanya apa niat Anwar? Saya kata saya nak pastikan dengan kerjasama rakan-rakan saya bahawa nasib pesawah padi di bawah pentadbiran kita yang tegas… kita nak tentukan pendapatan betul-betul tinggi, daripada RM1,200 naik ke RM1,800 sebulan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada program Sentuhan MADANI peringkat Kedah bersama Peladang, Penternak, Nelayan, Penoreh dan Pekebun Kecil di Ibu Pejabat MADA di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar berkata antara infrastruktur yang perlu dinaik taraf ialah sistem pengairan dan jalan raya selain perbelanjaan input pertanian.
“Kita bincang bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, satu agensi yang sangat penting bukan sahaja di negeri Kedah tapi untuk negara Malaysia.
“Mereka kata kalau nak jayakan projek tanam lima musim dua tahun ini, kena ada beberapa infrastruktur, tali air, jalan dan macam-macam. Saya kata berapa? Dia jawab bukan untuk tahun ini, kita mesti mula untuk dua tiga tahun akan datang, tiga tahun paling kurang, mesti siap RM3 bilion,” kata beliau.
Sementara itu, Anwar berkata pengeluaran padi dalam negara sangat penting seperti yang terkandung dalam Dasar Agromakanan Negara bagi menjamin sara diri pengeluaran makanan.
“Negara tidak boleh import sepenuhnya, kalau apa-apa jadi kita mesti ada keperluan yang disebut sebagai sara diri daripada 50 peratus, sasarannya 65 peratus,” kata Anwar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked