KERAJAAN PERUNTUK RM8.9 JUTA BANTU INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH – ANWAR
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (depan dua kanan) bersama Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Syeikh Dr Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin melawat kawasan sekitar sekolah selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan SMA Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang hari ini. –fotoBERNAMA
JITRA: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8.9 juta bagi membantu institusi-institusi pendidikan Islam di Kedah meningkatkan lagi tahap dan mutu pendidikan di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri berkenaan.
“Bagi negeri Kedah sahaja, Kerajaan Perpaduan telah luluskan sejumlah RM604,180 kepada 36 institusi pendidikan Islam ini untuk tujuan kursus dan latihan guru serta bantuan pendidikan seperti meja, kerusi, almari, projektor, papan putih, kabinet buku dan sebagainya.
“Kerajaan Perpaduan turut akan menyumbang sejumlah RM1.985 juta kepada 28 pondok, tahfiz, maahad dan sekolah agama yang berdaftar di Kedah dalam usaha kita menyuburkan lagi pendidikan berteraskan Islam di negeri ini,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang dekat sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, kerajaan turut bersetuju meluluskan sumbangan lain iaitu RM2.94 juta kepada 588 masjid kariah di 12 daerah di seluruh negeri Kedah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Beliau berkata sumbangan itu bagi pengimarahan masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang dengan setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.
“Orang Kedah kata termasuk orang Cherok To’kun, kena ‘pekin’ (berjimat), bila kita pekin, tak boros kita boleh belanja untuk kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta lagi kepada pihak SMA Nahdhah Hasanah Melele bagi tujuan membaik pulih sekolah itu.
Anwar berkata di bawah Kementerian Pendidikan, sejumlah RM821 juta telah diperuntukkan untuk pengoperasian dan pembangunan pendidikan Islam khususnya bagi 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah kementerian di seluruh negara.
Beliau berkata dalam keadaan kerajaan menghadapi kekangan kewangan, hutang yang banyak dan perbelanjaan defisit kerajaan tidak akan membelakangkan soal pendidikan, kesihatan dan pengimarahan masjid serta program Islam.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengetua SMA Nahdhah Hasanah Melele Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager