IPTA PERLU LAKUKAN PENILAIAN RISIKO PENGANJURAN AKTIVITI SOSIAL TERMASUK KONSERT
“Soal anjur konsert bukan perkara baharu, kalau kita lihat setiap konvokesyen memang akan ada program-program seperti konsert. Tapi dalam konteks akhir-akhir ini oleh kerana ada insiden yang mungkin mencemarkan sedikit pengisian dalam konsert itu, maka saya telah minta universiti supaya lebih berhati-hati dalam hendak menganjurkan konsert dan diadakan penilaian risiko,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Felda Bukit Easter hari ini.
KOTA TINGGI: Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini perlu melakukan penilaian risiko terhadap sebarang penganjuran aktiviti sosial termasuk konsert.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bagi memastikan pengisian program yang dijalankan tidak mencemarkan imej universiti awam.
“Soal anjur konsert bukan perkara baharu, kalau kita lihat setiap konvokesyen memang akan ada program-program seperti konsert. Tapi dalam konteks akhir-akhir ini oleh kerana ada insiden yang mungkin mencemarkan sedikit pengisian dalam konsert itu, maka saya telah minta universiti supaya lebih berhati-hati dalam hendak menganjurkan konsert dan diadakan penilaian risiko,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Felda Bukit Easter di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penganjuran sebuah konsert di dalam dewan sebuah universiti awam di Terengganu yang melibatkan pencampuran mahasiswa lelaki dan perempuan serta video insiden itu turut tular di media sosial.
Selain itu, Mohamed Khaled berkata beliau telah meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menilai semula jenis atau jumlah pinjaman yang akan dikenakan kepada pelajar sekiranya sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal dilaksanakan.
Katanya pembelajaran secara hibrid bukan diwajibkan sebaliknya sekadar satu pilihan selain pelajar boleh memohon belajar secara anjal yang hanya melibatkan subjek tertentu.
“Boleh mohon secara anjal tetapi ia hanya meliputi beberapa subjek yang sesuai dilakukan secara anjal. Bukan semuanya hanya dalam 90 bidang sahaja sesuai untuk dilakukan secara anjal… saya telah meminta supaya pihak PTPTN melihat sejauh mana perlu diubahsuaikan pinjaman,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Nur Nazirah Abdullah mencadangkan yuran IPTA dikurangkan 50 peratus sekiranya sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal dilaksanakan di semua universiti awam.
Sementara itu, Mohamed Khaled menasihatkan pelajar supaya membuat semakan terhadap tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT yang diterima bagi mengelakkan penipuan.
“Suka untuk saya maklumkan bahawa universiti awam, kita belum lagi keluarkan apa-apa tawaran. Pihak Unit Pusat Universiti (UPU) masih lagi dalam proses permohonan yang dikemukakan dan bila sampai masa kita akan umumkan kita akan beritahu secara umum.
“Untuk universiti awam dan politeknik kita akan keluarkan secara rasmi kemudian. Kita masih lagi dalam proses untuk melakukan pemilihan pelajar-pelajar yang akan berjaya dan universiti mana yang dia akan ditempatkan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager