KERAJAAN SARAN PENCARUM GUNA WANG KWSP SEBAGAI CAGARAN PINJAMAN BANK – PM
“Pada prinsipnya saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Bagaimanapun, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,”
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.
“Pada prinsipnya saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.
“Bagaimanapun, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata ia merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang memandangkan ketika ini banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan telah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.
Anwar turut membidas sikap pembangkang yang membawa hujah menggambarkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan bersifat menindas.
Beliau berkata pemberian dan bantuan kewangan kepada negeri termasuk yang ditadbir pembangkang turut meningkat pada tahun ini berbanding terdahulu.
“Kelantan RM351.5 juta, Terengganu RM411.1 juta, Perlis RM154 juta. Lepas tu nak banding dengan Sabah dan Sarawak.
“Tak adil nak banding dengan Sabah, Sarawak sebab mereka masuk bersama Malaysia kemudian, kawasan-kawasan desa jauh ketinggalan, jauh lebih teruk dari kawasan miskin.
“Ini bukan soal kepentingan politik, saya konsisten dalam hal ini. Kalau kita belanja RM10 juta, kita kena tambah RM100 juta di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga memberikan peruntukan pembangunan keseluruhan RM6.2 bilion kepada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis pada tahun ini.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Anwar, kemudian diluluskan di peringkat dasar setelah dibahaskan selama enam hari bermula 27 Feb lepas dan sesi penggulungan oleh setiap kementerian.
Belanjawan 2023, yang dibentangkan Anwar pada 24 Feb lepas, memperuntuk sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Menurut takwim di laman Parlimen, rang undang-undang itu akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari bermula Isnin depan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager