DALAM NEGARA
TIDAK MUDAH MELATAH TUDUHAN NEGATIF KEPADA MADAD
KUALA LUMPUR: Bidang perniagaan dan kerja amal Murtadha Dakwah Centre (MADAD) mempunyai banyak cabaran termasuk tuduhan berkaitan kewangan.
KUALA LUMPUR: Bidang perniagaan dan kerja amal Murtadha Dakwah Centre (MADAD) mempunyai banyak cabaran termasuk tuduhan berkaitan kewangan.

KUALA LUMPUR: Bidang perniagaan dan kerja amal Murtadha Dakwah Centre (MADAD) mempunyai banyak cabaran termasuk tuduhan berkaitan kewangan.
Biarpun begitu, Pengarah Urusannya Mohammad Yaakub Yusra berkata beliau tidak mudah melatah dan tenang dalam menghadapi segala persepsi negatif dengan membuktikan dakwaan yang dilemparkan salah.
“Sebagai contoh kami buat audit secara terbuka. Kami juga jemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lakukan forensik audit.
“Hasil siasatan mendapati tidak berlaku sebarang pecah amanah. Tiga tahun kami buat audit dan serah kepada SPRM dan alhamdulillah, kami mendapat anugerah sebagai Rakan Strategik SPRM Kedah,” katanya.
Tegas Mohammad Yaakub kejayaan yang diperoleh MADAD pada hari ini sebahagian besarnya adalah hasil amanah yang diberikan melalui sumbangan orang ramai.
Pihaknya akan memastikan amanah itu akan terus dijaga dan digunakan sebaiknya untuk manfaat lebih ramai ummah.
Sementara itu menjelaskan penglibatan MADAD dalam bidang perniagaan, Mohammad Yaakub berkata langkah itu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumbangan orang ramai untuk kerja-kerja amal.


“Hasil perniagaan digunakan kembali untuk perkhidmatan kepada masyarakat seperti bantuan kepada mereka yang memerlukan, membina masjid, kelas pengajian percuma, rumah anak yatim dan pusat pemulihan akhlak.
“Perniagaan diceburi MADAD merangkumi penternakan, pertanian, perikanan, unit khas saham, hartanah, rumah inap desa, peruncitan serta perkhidmatan makanan dan minuman yang membantu membiayai kos MADAD,” katanya.
Kejayaan pengurusan MADAD turut menyaksikan Mohammad Yaakub menerima Anugerah Usahawan Islam Moden Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) baru-baru ini.

Mohammad Yaakub berkata anugerah itu akan menjadi inspirasi untuk MADAD mengembangkan perniagaan seterusnya dapat membantu lebih ramai orang dari pelbagai sudut.
Ketika ini MADAD sedang membangunkan Murtadha Dakwah Centre iaitu sebuah pusat komuniti Islam yang dilengkapi masjid, rumah warga emas, pusat tahfiz integrasi, kapsul hotel, stadium e-sports, hub sukan sunah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.




Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang wanita cedera selepas terjatuh dan tersepit di bawah sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) di...
Tiga individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar...
Selepas ini, Nadia merancang untuk pulang terus ke kampung halamannya di Batu Kurau, Perak dan menetap...
Kerajaan meminta pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil...
Penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di terminal pam layan diri disekat, sementara pembayaran hanya dibenarkan...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.