Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH HARI INI

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH HARI INI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam, SPRM mengesahkan menahan Presiden Bersatu itu pada 1 tengah hari selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya. 

Muhyiddin kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM kira-kira 8.20 malam. 

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading