Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN SEDIA TAMBAH BAIK HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA AGAR BERI MANFAAT KEPADA SEMUA – PM

DALAM NEGARA

KERAJAAN SEDIA TAMBAH BAIK HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA AGAR BERI MANFAAT KEPADA SEMUA – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Anwar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu berkata mesyuarat MKI berkenaan jelas menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-raja. 

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya. 

Anwar turut merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir  pada mesyuarat itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading