SULTAN SELANGOR HARAP SEMUA NEGERI DAPAT ANGGOTAI MKI SECARA RASMI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dapat menyahut pelawaan dan menganggotai platform musyawarah majlis itu secara rasmi.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dapat menyahut pelawaan dan menganggotai platform musyawarah majlis itu secara rasmi.
Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah majlis itu adalah sebuah institusi yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja bukan sahaja dari segi penubuhan, malah dari segi keahliannya.
“Keanggotaan utama dalam MKI adalah daripada wakil negeri-negeri yang memainkan peranan yang amat penting di dalam menyelaras hal ehwal Islam,” titah baginda pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu.
Sultan Sharafuddin bertitah walaupun telah banyak kejayaan dicapai melalui rundingan di platform MKI, masih terdapat pelbagai perkara yang belum selesai yang memerlukan penglibatan semua ahli-ahli mesyuarat mencetuskan idea dan buah fikiran yang bernas.
Dalam perkembangan lain, Sultan Selangor bertitah baginda mendapati masih ada pihak membangkitkan pandangan secara terbuka berkaitan beberapa isu sensitif yang seharusnya dibincang melalui forum MKI, seperti pertikaian kaedah rukyah dalam menetapkan tarikh permulaan Ramadan serta menentukan anak bulan Syawal.
“Beta berasa dukacita dengan perkembangan ini, kerana walaupun mereka menyatakan tujuannya adalah untuk menegakkan hujah, tapi kenapa sampai menimbulkan keraguan tentang kearifan para mufti yang memahami ilmu falak dan mengambil keputusan yang tidak bertepatan dengan apa yang telah dipersetujui.
“Ini sudah tentunya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang akhirnya boleh mengundang kepada perpecahan,” titah baginda.
Oleh itu, Sultan Sharafuddin bertitah bagi mengelak kekeliruan pada masa akan datang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah mengeluarkan satu ketetapan muktamad berkaitan kaedah penentuan tarikh permulaan Ramadan serta menentukan anak bulan Syawal melalui rukyah dan hisab.
Dalam perkembangan lain, Sultan Selangor turut mencadangkan agar pihak Jakim menyediakan kertas kerja bagi membuat dasar dan prosedur yang komprehensif bagi pendaftaran institusi tahfiz swasta dan persendirian untuk diguna pakai di setiap negeri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked