Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN AKAN PANGGIL ILLI NAJWA BERHUBUNG STATUS AGAMA

DALAM NEGARA

KERAJAAN AKAN PANGGIL ILLI NAJWA BERHUBUNG STATUS AGAMA

KOTA BHARU: Kerajaan akan memanggil rakyat Malaysia Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Buat masa kini, pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Tiada permohonan daripadanya untuk berkahwin di luar negara, barangkali kalau ada, mungkin dia ke India atas alasan yang lain.

“Setakat ini tiada permohonan daripada beliau untuk keluar daripada agama menjadi murtad, jadi wanita berkenaan masih seorang Muslim,” kata Ahmad Marzuk.

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima, suaminya telah memeluk agama Islam pada akhir tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan pada Rabu lalu di kampong halaman pengantin lelaki di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Berdasarkan video yang tular, majlis resepsi diadakan mengikut adat Punjabi dan Ahmad Marzuk menganggap perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

Mengulas lanjut, pihaknya memahami kegusaran masyarakat berhubung isu berkenaan kerana ianya agak sensitif.

“Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.

–AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading