Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA DIHEMPAP POKOK: DUA PENSYARAH UiTM SHAH ALAM BERADA DI ZON KRITIKAL

DALAM NEGARA

KERETA DIHEMPAP POKOK: DUA PENSYARAH UiTM SHAH ALAM BERADA DI ZON KRITIKAL

Makluman awal dari FKK pada 2.20 petang tadi memaklumkan kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam.

Sumber Gambar: JBP Selangor

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin memaklumkan kedua-dua wanita yang dihempap pokok tumbang tersebut merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Beliau memaklumkan mangsa merupakan Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf.

“Makluman awal dari FKK pada 2.20 petang tadi memaklumkan kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam.

“Sehubungan itu, mohon sama-sama kita mendoakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan buat kedua-dua pensyarah tersebut,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Media melaporkan dua wanita mengalami kecederaan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Persiaran Tun Arshad Ayub di Seksyen 7, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah MPV berwarna hitam dan terdapat dua orang mangsa tersepit.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading