Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA KELISA TERBAKAR DI JAMBATAN KUALA SELANGOR

DALAM NEGARA

KERETA KELISA TERBAKAR DI JAMBATAN KUALA SELANGOR

Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandunya terbakar, dalam kejadian di Jambatan Kuala Selangor, tengah hari tadi.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandunya terbakar, dalam kejadian di Jambatan Kuala Selangor di sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 1:44 tengah hari tadi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor segera ke lokasi kejadian sejauh 3 kilometer dan tiba di lokasi pada 1:49 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa yang terbakar 90 peratus, bagaimanapun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi berjaya dikawal sekitar jam 1:53 tengahari, tambahnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading