Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KL LUPUS PELBAGAI JENIS DADAH BERNILAI LEBIH RM44.3 JUTA

DALAM NEGARA

POLIS KL LUPUS PELBAGAI JENIS DADAH BERNILAI LEBIH RM44.3 JUTA

Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.3 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pelupusan itu melibatkan 839 kilogram (kg) dadah dan 1,345 liter cecair, membabitkan 21,293 kertas siasatan dari tahun 2009 hingga 2024.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.3 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pelupusan itu melibatkan 839 kilogram (kg) dadah dan 1,345 liter cecair, membabitkan 21,293 kertas siasatan dari tahun 2009 hingga 2024.

Beliau berkata kesemua barang kes itu dilupuskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara D207 (Pelupusan Barang Kes) di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

“Antara barang kes dadah yang dilupuskan terdiri methamphetamine dan ketamin seberat 245.56 kg bernilai RM27 juta, 140.39 kg MDMA (RM7.01 juta), 87 kg heroin (RM2.1 juta) serta 199.09 kg kanabis (RM5.9 juta).

“Antara kertas siasatan yang terlibat membabitkan Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952,” kata beliau pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata nilai keseluruhan dadah yang dilupuskan dianggarkan mampu menjejaskan lebih 1.7 juta individu sekiranya berjaya diedarkan di pasaran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading