Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERBABAS LANGGAR BELAKANG LORI

DALAM NEGARA

KERETA TERBABAS LANGGAR BELAKANG LORI

Seorang wanita cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan, di Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara Puchong, tengah hari tadi.

PUCHONG: Seorang wanita cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan, di Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara Puchong, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, lori muatan seberat satu tan itu sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

“Wanita warga tempatan berusia 38 tahun yang memandu kereta jenis Honda City itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka.

“Mangsa tidak tersepit dan berjaya keluar daripada kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading