Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETETAPAN BAHARU PEMAKAIAN PELITUP MUKA DIUMUM RABU INI

DALAM NEGARA

KETETAPAN BAHARU PEMAKAIAN PELITUP MUKA DIUMUM RABU INI

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka pada minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu.

“Dulu, jawatankuasa ini hanya melihat kepada isu COVID-19, tetapi sekarang kita lihat kepada semua masalah kesihatan awam,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading