PENDAFTARAN DERMA ORGAN MELALUI MYSEJAHTERA MULAI 6 SEPT – KHAIRY
Ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) bergambar sempena Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Pangsapuri Seri Alam hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi menurut Global Observatory on Donation and Transplantation.
“Apabila mereka buat ikrar melalui MySejahtera maklumat itu terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Sekiranya berlaku kes kematian mana-mana hospital dan layak derma organ, ia akan keluar dalam sistem,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Khairy berkata bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia setakat hari ini adalah seramai 10,442 orang.
Namun, katanya hanya 2,700 kes transplantasi melibatkan pendermaan organ dijalankan sejak 1975.
“Berdasarkan statistik terkini pendermaan organ dari Pusat Sumber Transplan Nasional pada Julai 2022 menunjukkan terdapat sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997 manakala jumlah pengikrar penderma organ selepas kematian adalah seramai 517,758 orang sejak 1997,” katanya.
Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Khairy berkata beliau akan membuat pengumuman berkenaan ketetapan baharu pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.
Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka dan KKM masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai mengenai perkara itu.
Sementara itu, beliau berkata tiga pendekatan perlu dilihat oleh KKM sebelum negara diumumkan beralih ke fasa Endemik termasuk pengisytiharan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selain itu, Khairy berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih terpakai di seluruh negara sehingga akhir Disember tahun ini di mana seluruh kawasan Malaysia isytiharkan sebagai kawasan penyakit berjangkit.
Pendekatan ketiga adalah indikator kesihatan yang perlu diperoleh daripada pakar epidemiologi dalam konteks COVID-19 yang masih lagi bermutasi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.