Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA MENTERI SABAH POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

KETUA MENTERI SABAH POSITIF COVID-19

GAMBAR IHSAN SINAR HARIAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Perhubungan Awamnya, Effendi Mohamed Sunoh.

Menurut Effendi sebelum disahkan dijangkiti wabak berkenaan, Hajiji telah secara sukarela menjalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaharu mengesahkan beliau didapati positif.

“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Effendi berkata, walaupun Hajiji sedang menjalani rawatan namun beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading