Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUJUH PENDATANG HARAM LARI DARI PUSAT TAHANAN DI SABAH DIBURU

DALAM NEGARA

TUJUH PENDATANG HARAM LARI DARI PUSAT TAHANAN DI SABAH DIBURU

ANTARA TUJUH PENDATANG HARAM YANG MELARIKAN DIRI DARI PUSAT TAHANAN SEMENTARA TAWAU

TAWAU: Polis kini sedang memburu tujuh pendatang haram yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau awal pagi semalam.

Lapor Bernama, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata enam daripadanya merupakan pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Tambah Peter, kejadian itu pada awalnya membabitkan 14 tahanan namun tujuh daripada mereka telah berjaya ditahan semula.

“Pada jam 2 pagi, seorang penyelia di dewan pergerakan PTS terdengar jeritan seorang anggota meminta tolong kerana mendapati dua tahanan memanjat pagar belakang Blok 4 dan melarikan diri.

“Ekoran itu, siasatan lanjut di bahagian tahanan lelaki di Blok 1 mendapati 14 lelaki melarikan diri, kesemuanya merupakan tahanan PTS untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Ujar Peter, warga Filipina yang melarikan diri ialah Aidal Girol, 42; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan; 36, serta Jaladi Benedi 38, manakala warga Indonesia ialah Anwar Awal, 35.

Kes tersebut katanya disiasat mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading