Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA PERISIKAN REJIM ZIONIS ISRAEL LETAK JAWATAN

DUNIA

KETUA PERISIKAN REJIM ZIONIS ISRAEL LETAK JAWATAN

Haliva merupakan pegawai tinggi pertama yang meletakkan jawatan kerana gagal menghalang serangan yang mengejutkan Israel dan masyarakat antarabangsa.

BAITULMAQDIS: Rejim Zionis Israel hari ini memaklumkan ketua perisikan tenteranya, Mejar Jeneral Aharon Haliya, meletakkan jawatan atas kegagalan mengawal serangan yang dilakukan kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Haliva merupakan pegawai tinggi pertama yang meletakkan jawatan kerana gagal menghalang serangan yang mengejutkan Israel dan masyarakat antarabangsa.

“Aharon Haliva, melalui perbincangan dengan ketua kakitangan am tentera, telah meminta untuk menamatkan jawatannya, berikutan tanggungjawab kepimpinannya sebagai ketua direktorat perisikan untuk peristiwa 7 Okt.

“Keputusan telah dibuat dan Aharon Haliva akan menamatkan jawatannya serta bersara daripada IDF, sebaik penggantinya dilantik dalam proses yang teratur dan profesional,” kata kenyataan tentera Israel seperti dilapor AFP.

Dalam surat peletakan jawatannya, Haliva, yang berkhidmat dalam pasukan selama 38 tahun, mengambil tanggungjawab kerana gagal menghalang serangan yang dilakukan kumpulan Hamas.

“Pada hari Sabtu, 7 Okt 2023, Hamas melakukan serangan mengejut maut terhadap negara Israel. Bahagian perisikan di bawah perintah saya tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Sejak itu saya sentiasa teringat detik hitam tersebut. Hari demi hari, malam demi malam. Saya akan selamanya merasakan ‘kesakitan’ akibat perang yang dahsyat,” katanya.

Haliva dalam kenyataannya menggesa “penyiasatan menyeluruh terhadap faktor dan keadaan” yang membawa kepada serangan itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading