Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM AMBIL LANGKAH AGRESIF TANGANI ISU INFLASI PERUBATAN

DALAM NEGARA

KKM AMBIL LANGKAH AGRESIF TANGANI ISU INFLASI PERUBATAN

Dzulkefly berkata DRG bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit sekali gus membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

“Ia sedang dalam tindakan. Kita akan menangani perkara ini bukan dengan pendekatan DRG (kumpulan berkaitan diagnosis), bukannya penyelesaian mutlak yang boleh selesaikan inflasi kos perubatan tetapi lebih mustahak ia akan ambil pendekatan pelbagai hala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke bazar Ramadan Presint 3 dan pelancaran talian WhatsApp aduan kebersihan premis makanan, Putrajaya pada Isnin.

Dzulkefly berkata DRG bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit sekali gus membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan.

“…dan harapnya kita dapat melaksanakan DRG di samping satu lagi iaitu paparan harga ubat-ubatan.

“Di hospital sudah menerimanya, kalau di klinik pengamal perubatan am swasta (GP) mereka mahu diberi moratorium, mungkin sebulan dua lagi,” katanya.

Dzulkefly berkata pemaparan harga ubat secara telus boleh membantu mengurangkan harga premium insurans kesihatan dalam mengawal kos perubatan memandangkan syarikat insurans boleh menilai kos sebenar rawatan dengan lebih tepat.

Namun tindakan itu mendapat bantahan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) kerana berpandangan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik GP tidak relevan dan boleh mengelirukan pesakit. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading