Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PIHAK ARAH SPRM SIASAT ISMAIL SABRI – AZAM BAKI

DALAM NEGARA

TIADA PIHAK ARAH SPRM SIASAT ISMAIL SABRI – AZAM BAKI

Siasatan terhadap Perdana Menteri kesembilan itu dilaksanakan susulan aduan dan maklumat yang diterima SPRM.

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan tidak ada mana-mana pihak mengarahkan siasatan dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata siasatan terhadap perdana menteri kesembilan itu dilaksanakan susulan aduan dan maklumat yang diterima SPRM.

“Kami menyiasat secara profesional dan adil, tanpa melihat sebarang darjat atau kedudukan.

“Tiada arahan daripada sesiapa. Kami bertindak sendiri, berdasarkan kepada maklumat dan aduan yang kami terima,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia.

Beliau disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Azam berkata pihaknya akan secara teliti menyiasat kes tersebut serta sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dan mendapat manfaat.

“Berhubung perkara ini, bukan sahaja setakat projek berkenaan (Keluarga Malaysia) tetapi juga sesiapa sahaja yang mendapat manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Ismail Sabri, Datuk Nazimah Hashim yang juga orang berkepentingan dalam kes tersebut, berada di luar negara.

Azam berkata Nazimah berada di dalam negara dan percakapannya telah dirakam. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading