ISMAIL SABRI SUSPEK KES RASUAH, PENGUBAHAN WANG HARAM – AZAM BAKI
SPRM dilaporkan berkata Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram dan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika sidang media khas berhubung kes bekas Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Presint 7 hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Beliau pada sidang media hari ini berkata pihak SPRM juga dijangka mengambil keterangan perdana menteri kesembilan itu sekali lagi berhubung kes berkenaan pada Rabu.
“Saya boleh katakan beliau (Ismail Sabri) adalah suspek dalam kes ini, ini kerana pertama Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 telah diberikan kepada beliau untuk membuat pengisytiharaan harta.
“Kedua, bila terjumpa wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang penemuan wang ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Semalam, SPRM dilaporkan berkata Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram dan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
SPRM dilapor telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
Setakat ini, Azam berkata SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemuanya akaun adalah sah dan aktif.
“Berhubung Ismail Sabri, kita tidak lagi bekukan akaun beliau manakala akaun (Yayasan Keluarga Malaysia) juga tidak dibekukan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya dijangka memanggil beberapa lagi saksi berhubung kes ini dan siasatan ini dibuat dengan terperinci.
Azam berkata kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Siasatan diteruskan berdasarkan maklumat terbaharu yang kita terima. SPRM ini bila kita siasat, normanya kita akan menyiasat dengan terperinci.
“Ia bukan sahaja setakat projek berkenaan, tetapi kepada siapa sahaja yang mendapat manfaat terutama sekali isunya ketika ini ialah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Mengenai rampasan wang tunai dan jongkong emas, Azam berkata kesemua barangan itu ditemukan di sebuah kondominium dipercayai dijadikan sebagai safehouse dengan ia diletakkan dalam tiga peti besi.
“Ia sebuah kondominium yang disewa, kondominium itu disewa daripada seseorang,” katanya dan menambah kondominium itu mungkin diuruskan oleh seorang suspek dalam kes berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager