Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMPAUN MASJID: PEGAWAI JALANKAN AMANAH

DALAM NEGARA

KOMPAUN MASJID: PEGAWAI JALANKAN AMANAH

KUANTAN: Tindakan pegawai kesihatan Pahang mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan Masjid Sri Maulana, Pekan baru-baru ini adalah mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah, berkata pegawai tersebut telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin mengambil perhatian semua berhubung dengan mesej yang berkisar dalam media sosial berkaitan isu pengeluaran kompaun di Masjid Sri Maulana, Pekan baru-baru ini.

“Adalah dimaklumkan, pegawai yang menjalankan tugas adalah mengikut garispanduan dan tatacara yang sedia ada. Sehubungan itu, beliau telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh hemah dan sempurna,” kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Bahari berkata sebarang usaha memperkecilkan tindakan dan prosedur tersebut boleh diertikan sebagai mencabar peruntukkan undang-undang yang diwartakan.

Tambah beliau pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini masjid tersebut dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti disyaratkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi banyak pihak termasuk kritikan.

Kompaun tersebut bagaimanapun telah dibayar dengan diskaun pengurangan sebanyak RM5,000. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading