KORONER BAHARU GANTI AZREENA DENGAR INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA
Mahkamah Koroner di sini mengesahkan inkues berhubung punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan seperti dijadualkan pada bulan depan.
Namun begitu, inkues yang dijadual bermula pada 3 Sept akan didengar di hadapan Koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang menggantikan Azreena Aziz.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini mengesahkan inkues berhubung punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan seperti dijadualkan pada bulan depan.
Namun begitu, inkues yang dijadual bermula pada 3 Sept akan didengar di hadapan Koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang menggantikan Azreena Aziz.
Azreena, yang juga merupakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, memaklumkan perkara itu dalam prosiding hari ini.
Beliau berkata beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan kerana menetap di Papar, lokasi sekolah agama yang dihadiri Allahyarham Zara Qairina, walaupun beliau tidak mengenali nama-nama yang didakwa terbabit dalam kes itu.
Tarikh inkues telah ditetapkan pada 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept dan 22 hingga 30 Sept ini.
Sebelum ini, Mahkamah Koroner membenarkan permohonan peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina untuk diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues serta mendapat akses kepada semua dokumen berkaitan kes tersebut.
Selain itu, mahkamah turut membenarkan permohonan serupa daripada peguam yang mewakili lima remaja perempuan bawah umur yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu minggu lalu berhubung kes buli berkenaan.
Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus, yang akan bertindak sebagai pegawai pengendali dalam inkues tersebut.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai. Beliau sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Berikutan itu, pada hari berikutnya, kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi 10 Ogos di tanah perkuburan sama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked