DEWAN RAKYAT LULUS RANG UNDANG-UNDANG PEROLEHAN KERAJAAN 2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 bertujuan memperuntukkan kewajipan, tanggungjawab, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan.
RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 125 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, seorang tidak mengundi dan 32 tidak hadir.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 bertujuan memperuntukkan kewajipan, tanggungjawab, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan.
RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 125 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, seorang tidak mengundi dan 32 tidak hadir.
Bagaimanapun, Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul itu dengan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) membangkitkan RUU baharu itu sepatutnya dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas terlebih dahulu mengikut Peraturan 80B Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.
Johari kemudian berkata jawatankuasa itu perlu menulis kepada kementerian yang akan memasukkan apa juga rang undang-undang bagi tujuan itu.
“Selepas sahaja pembacaan pertama, (sila) tulis kami (Jawatankuasa Pilihan Khas) mahukan rang undang-undang dirujuk kepada kami, tetapi saya sudah semak bahawa tidak ada permohonan untuk jawatankuasa minta dirujuk,” katanya.
Pihak pembangkang yang masih tidak berpuas hati kemudian bertindak keluar dari dewan diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kedua berkata Kerajaan MADANI melakukan satu lagi reformasi besar yang tidak berani atau sanggup dilaksanakan pentadbiran terdahulu menerusi pembentangan RUU Perolehan Kerajaan 2025.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi RUU itu, semak dan imbang diperkukuh dengan keputusan perolehan termasuk keputusan Menteri Kewangan boleh dicabar dan dikaji semula menerusi proses Panel Kajian Semula dan seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali.
Perdana Menteri berkata RUU Perolehan Kerajaan juga memperkenalkan tindakan punitif atas ketidakpatuhan perolehan dan Menteri Kewangan tidak terkecuali atas kesalahan yang diperuntukkan dalam RUU itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests