Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI NYARIS MAUT MOTOSIKAL DIHEMPAP POKOK TUMBANG

DALAM NEGARA

LELAKI NYARIS MAUT MOTOSIKAL DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikalnya dihempap pokok tumbang berhampiran Masjid Jamek Nurussaadah dekat Lahar Tabut Penaga, di Kepala Batas, awal pagi tadi.

Sumber: JBPM Pulau Pinang

KEPALA BATAS: Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikalnya dihempap pokok tumbang berhampiran Masjid Jamek Nurussaadah dekat Lahar Tabut Penaga, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba anggota mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Anggota kemudian menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan sebelum mangsa dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, sementara operasi ditamatkan pada 7.24 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading