ISRAEL ROBOHKAN LEBIH 1,500 RUMAH DI KEJIRANAN AL ZEITOUN DI GAZA
Israel telah merobohkan lebih 1,500 rumah di kejiranan Al Zeitoun di Bandaraya Gaza sejak melancarkan operasi darat awal bulan ini, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pertahanan Awam Palestin.
GAZA/ISTANBUL: Israel telah merobohkan lebih 1,500 rumah di kejiranan Al Zeitoun di Bandaraya Gaza sejak melancarkan operasi darat awal bulan ini, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pertahanan Awam Palestin.
Jurucakap agensi itu, Mahmoud Bassal berkata tiada lagi bangunan yang tinggal di bahagian selatan kejiranan berkenaan selepas Israel meluluskan rancangan untuk menduduki Gaza sekitar awal bulan ini.
Bassal berkata tentera Israel telah menggunakan jentera pembinaan bersama robot sarat bahan letupan, meletupkan tujuh tapak setiap hari sambil menggunakan dron quadcopter untuk menggugurkan bahan letupan di bumbung rumah.
Menurut beliau, penggunaan senjata itu telah meningkatkan skala kemusnahan di kawasan berkenaan.
Perobohan secara sistematik itu telah memaksa 80 peratus penduduk Al Zeitoun berpindah ke kawasan barat atau utara Bandaraya Gaza, kata Bassal.
Kabinet Keselamatan Israel pada 8 Ogos telah meluluskan rancangan untuk menduduki Bandaraya Gaza. Rancangan itu melibatkan pemindahan paksa kira-kira sejuta penduduk Palestin ke arah selatan, mengepung bandar itu dan mendudukinya selepas serangan sengit.
Israel telah membunuh hampir 63,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah itu, yang kini sedang menghadapi kebuluran.
November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas wilayah itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked