KERAJAAN TIDAK PINGGIRKAN PEMBANGUNAN NEGERI LAIN DALAM KERANGKA EKONOMI MADANI, NIMP 2030 – PM ANWAR
Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata malah, peruntukan perbelanjaan pembangunan negeri-negeri ditambah mengikut keperluan.
“Dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan NIMP 2030, kita telah memberi tumpuan kepada beberapa projek keutamaan. Ini termasuk Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
“Namun, ini tidak bermakna beberapa pembangunan di negeri-negeri lain dipinggirkan. Sebagai contoh, bagi Sabah, jika dilihat dari 2022 hingga 2025, perbelanjaan pembangunan itu meningkat agak mendadak daripada RM5.2 bilion (2022) kepada RM6.7 bilion (2025).
“Sarawak RM4.7 bilion (2022) kepada RM5.9 bilion (2025); Terengganu RM1.4 bilion (2022) kepada RM1.8 bilion (2025); Kelantan RM2.4 bilion (2022) kepada RM3.2 bilion (2025); Kedah RM1.6 bilion (2022) kepada RM2.2 bilion (2025) dan Perlis RM0.4 bilion (2022) kepada RM0.6 bilion (2025),” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai sama ada benar perancangan projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan Persekutuan hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu dan meminggirkan negeri lain.
Anwar berkata ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk merapatkan jurang pembangunan bagi negeri yang kurang membangun.
Bagi pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata sehingga Disember 2024, sebanyak sembilan daripada 11 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan empat daripada 35 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan.
Menurut beliau, Kerajaan MADANI telah meneruskan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan kos berjumlah RM15.9 bilion di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan kerajaan Persekutuan, tambahan kepada pembiayaan yang menggunakan sumber lain bagi membiayai projek ini.
“Kerajaan juga telah meluluskan pelaksanaan projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) dengan kos hampir RM10 bilion,” kata beliau.
Anwar berkata kerajaan Persekutuan giat meneruskan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan kos keseluruhan berjumlah RM74.96 bilion.
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan projek Central Spine Road dengan kos sebanyak RM6.38 bilion yang menjadi laluan alternatif ke Pantai Timur tanpa perlu menggunakan Lebuhraya Karak.
Anwar berkata dalam mempersiapkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan belanjawan, beliau pergi ke negeri-negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
“Mereka (Menteri Besar) akan mencadangkan beberapa keutamaan. Kita akan terima dan insya-Allah, saya akan umumkan dalam belanjawan pada Oktober ini,” kata beliau.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai kelewatan Projek Pan Borneo dan Link Road di Sabah berbanding Sarawak, Anwar berkata kerajaan akan mempercepat pelaksanaannya melalui proses tender yang lebih telus bagi mengatasi masalah pengagihan kontrak yang diwarisi sejak tujuh hingga lapan tahun lepas.
“Di Sabah, kita beri keutamaan mengenai isu jalan berlubang, isu air dan Pan Borneo. Projek yang diluluskan sebelum ini berdepan syarat ketat penglibatan syarikat negeri sehingga menjejaskan pelaksanaannya, malah banyak kontrak terpaksa dibatalkan.
“Ada yang dilanjutkan sebanyak dua hingga tiga kali tetapi saya sudah tamatkan supaya ia boleh ditender semula,” kata beliau.
Beliau turut optimis mengenai pendekatan baharu kerajaan yang menekankan ketelusan tender dan penglibatan syarikat yang berkeupayaan termasuk syarikat besar dengan syarat projek kecil diagihkan kepada kontraktor negeri yang mampu mempercepat kemajuan projek berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked