SHAH ALAM – Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi melambung mahal pada masa hadapan.
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, dengan mengambil contoh pengiraan berdasarkan program pengajian dalam bidang sastera iaitu sains sosial termasuk ekonomi, berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menurutnya, kos keseluruhan yuran pengajian di universiti awam bagi tempoh empat tahun pengajian dalam masa 10 tahun akan datang dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus dan andaian keluarga akan membiayai sebanyak 10 peratus kos pengajian menggunakan simpanan sendiri meningkat daripada RM18,000 kepada RM28,286.
“Kos yuran pengajian untuk setahun pengajian (dua semester) di
universiti awam pula dijangka meningkat dari RM4,500 kepada RM6,661,”
katanya kepada Sinar Harian.
Fazli yang juga Pakar Kewangan Pengguna berkata, bagi kos pengajian di IPTS pula, kos keseluruhan yuran untuk tempoh tiga tahun pengajian dalam masa 10 tahun akan datang dengan kadar inflasi sama, dijangka meningkat daripada RM44,000 kepada RM55,449.
Menurutnya, kos yuran pengajian untuk setahun pengajian (dua semester) di IPTS dijangka meningkat dari RM12,000 kepada RM17,763.
“Yuran pengajian di universiti awam dan IPTS juga akan berbeza dari segi jumlah mengikut program pengajian sama ada sastera, sains gunaan, sains tulen, teknikal dan perubatan.
Fazli menegaskan yuran pengajian tinggi di universiti awam sekitar
RM4,500-RM5,000 setahun tidak mengambil kira subsidi kerajaan kepada
pelajar dan jumlah keseluruhan bagi tempoh empat tahun pengajian antara
RM18,000 sehingga RM20,000.
“Relatifnya yuran pengajian tinggi di
IPTS jauh lebih tinggi iaitu antara RM12,000 dan RM18,000 setahun dan
jumlah keseluruhan dibiayai untuk tempoh tiga tahun pengajian adalah
RM44,000 sehingga RM72,000,” kata Fazli.
Malah menurutnya,
terdapat IPTS yang menawarkan program misalnya farmasi untuk tempoh
empat tahun pengajian dengan mencecah RM130,000.
“Ini kerana kos untuk mendapatkan pendidikan tinggi melibatkan beberapa jenis yuran dan bayaran.
“Yuran
dan bayaran terlibat adalah yuran tidak berulang (dibayar sekali sahaja
bagi pelajar baharu), yuran berulang setiap semester, yuran pelajaran
mengikut bidang dan bayaran asrama.
“Yuran tidak berulang biasanya dikenakan untuk pelajar baharu mendaftar di mana bayaran meliputi yuran daftar, tabung kebajikan pelajar, bayaran pelbagai, yuran komputer, yuran kenderaan, yuran alumni, yuran suai kenal dan yuran pemeriksaan perubatan.
“Seterusnya, pelajar perlu melunaskan
yuran berulang setiap semester meliputi bayaran insurans, pengangkutan,
makmal, kesihatan, kad makanan, perpustakaan, kokurikulum dan kolegiat,”
jelasnya.
Beliau berkata, masyarakat kini juga masih tidak sedar
dalam yuran pengajian tinggi, kerajaan telah menanggung sejumlah kos
yang besar dengan memberikan subsidi terutama untuk yuran pengajian di
universiti awam.
“Sebagai contoh bagi program doktor perubatan,
purata kos seorang pelajar setahun ialah RM61,620. Yuran pengajian
setahun termasuk yuran kolej kediaman ialah RM4,789. Subsidi yang
dibayar kerajaan ialah RM56,831.
“Bagi mengatasi perbezaan ketara dengan kos pengajian IPTS, disarankan pihak kerajaan terutama Kementerian Pendidikan berbincang dengan pihak pengurusan universiti awam dan IPTS bagi mencari kaedah terbaik agar peningkatan yuran pengajian tidak membebankan pelajar dan keluarga,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager