Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPDNHEP SIASAT ISU NASI AYAM TIADA SIJIL HALAL

DALAM NEGARA

KPDNHEP SIASAT ISU NASI AYAM TIADA SIJIL HALAL

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.

Sumber Facebook

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari restoran bukan Muslim seperti tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.

Rosol berkata pihaknya telah menghubungi KPDNHEP Cawangan Pulau Pinang dan mendapati tiada kesalahan di premis berkenaan berdasarkan bidang kuasa di bawah kementerian itu. 

“Menjadi kesalahan apabila kedai itu ‘menulis’ makanan dijual di kedai halal namun produknya tidak halal. Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan lanjut bersama JAKIM berhubung isu berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Kopi Merdeka Tealive di Pavilion di sini hari ini.

Tular menerusi media sosial video berdurasi dua minit 38 saat dua lelaki Melayu memasuki sebuah restoran bukan Muslim di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam kononnya untuk dijual di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading