KU NAN BEBAS TUDUHAN RASUAH RM2 JUTA

SUMBER GAMBAR: TWITTER @bernamadotcom

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas tuduhan menerima rasuan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada lima tahun lalu.

Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Suraya Othman dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin, Hakim Datuk Abu Bakar Jais.

Melalui keputusan hari ini, Tengku Adnan bebas dari hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang disabitkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Disember tahun lalu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Tengku Adnan dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya. — AlHIjrah Online

Leave a Reply