Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUALA LUMPUR DILANDA RIBUT, HUJAN LEBAT

DALAM NEGARA

KUALA LUMPUR DILANDA RIBUT, HUJAN LEBAT

Beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan keadaan ribut dan hujan lebat di ibu kota yang menyebabkan kerosakan jalan, premis perniagaan, rumah serta kenderaan.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dilanda ribut serta hujan lebat, kira-kira jam 7 petang tadi.

Beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan keadaan ribut dan hujan lebat di ibu kota yang menyebabkan kerosakan jalan, premis perniagaan, rumah serta kenderaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (PGOKL) berkata lapan kereta dan lima motosikal mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan ribut yang melanda di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa terlibat dan cuaca mula reda kira-kira jam 8.30 malam. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading