PERNAHKAH kita terfikir bahawa dengan tangan, kita boleh menambah amal? Sejauh mana kita menggunakan kuasa yang ada pada tangan kita untuk memberi? Memberi bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah dari segi tenaga yang disumbangkan bagi membantu insan yang memerlukan.
Doa juga merupakan satubentuk pemberian yang paling bermakna sepertimana maksud hadis riwayat Muslim,daripada Abi Darda’ r.a.: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabilaberdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkanmalaikat berkata kepadanya, dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.
Penduduk Mali memanjatkan kesyukuran atas bantuan daging korban yang diterima.
Menurut statistik yangdikeluarkan oleh World Food Programme (WFP), sebanyak 812 juta penduduk dunia(setiap satu daripada 9 orang) tidak mempunyai makanan yang cukup untukmeneruskan kelangsungan hidup.
Lebih menyedihkan, masalahmalnutrisi ini telah menyebabkan 3.1 juta kanak-kanak bawah 5 tahun meninggaldunia setiap tahun manakala satu daripada enam kanak-kanak di negara membangundikategorikan sebagai kurang berat badan.
Usah disalahkan ibubapa yang tidak bekerja kerana untuk sesetengah negara, apa lagi peluang yangmereka ada untuk mencari sesuap makanan?
Kanak-kanak Niger bertungkus lumus mendapatkan air.
Malawi misalnya, negarayang berada di bahagian selatan Afrika, disenaraikan sebagai negara termiskindi dunia pada tahun 2015 oleh Bank Dunia dengan pendapatan per kapita terendahdi dunia iaitu tidak sampai US$ 300.
Sebagai negara termiskin di dunia, lebih dari setengah penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada US$ 1 per hari.
Seorang wanita Bosnia sedang memotong buah ara.
Di Bosnia Herzegovina,meskipun bertaraf negara Eropah, namun kancah peperangan yang berlaku sekitar1992 hingga 1995 mengheret rakyatnya hidup dalam serba kekurangan ditambahdengan kesan trauma yang masih menebal di jiwa mereka sehingga ke hari ini.
Masalah ekonomi diBosnia Herzegovina telah meningkatkan kadar pengangguran dalam kalanganpenduduknya. Kaum ibu tunggal paling terkesan dengan tekanan ekonomi iniapabila jarang diterima dalam sektor pekerjaan. Lalu, apa lagi peluang yangmereka ada?
Ini hanyalah beberapacontoh permasalahan yang membawa kepada krisis kemanusiaan. Antara lain, isu peperangandi sesetengah negara yang tiada berkesudahan, kekurangan akses pendidikan dalamkalangan kanak-kanak, masalah kesihatan seperti malaria, demam campak danlain-lain yang berlarutan hingga kini serta banyak lagi contoh dari pelbagainegara.
Kanak-kanak pelarian Syria gembira menerima sumbangan.
Barangkali kita tertanya-tanya,bagaimana kita boleh membantu mereka? Di sinilah kuasa tangan memainkanperanan. Sama ada kita memilih untuk menyumbang wang ringgit atau berdiam dirimembiarkan saudara-saudara kita kaku terbaring tanpa sebarang makanan danperlindungan, semua pilihan ada pada kita.
Seringkali kitamendengar bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik daripadatangan di bawah. Tangan di atas adalah pemberi dan tangan di bawah adalahpenerima.” (Riwayat Muslim)
Maka, bertindaklahmengikut kuasa yang ada pada tangan kita tatkala terbaca, terpandang atauterdengar rintihan insan yang sedang menderita dan dhaif di seluruh pelosokdunia.
*Nor Zafirah Zahari adalah petugas di Islamic Relief Malaysia.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests